perjuangan ku belum selesai bg menggapai cita-citaku disamping memenuhi hasrat ibu bapa ku utk mnjadi seorg doktor muslim.. tanggal 24hb 09 2009 merupakan tarikh yg bermakna bg ku..hal ini kerana aku akan bertolak ke Mesir bg meneruskan perjuangan yg bermakna buat diriku..namun pada masa yg sama aku juga terasa sepi dek kejauhan dr keluarga tercinta..kerinduan dan kesedihan bakal menyelebungi diriku..namun aku tahu dan sedar bahawa aku tidak sepatutnya 'dikuasai' oleh perasaan sedemikian..tp perasaan tersebut merupakan lumrah hidup & anugerah Allah terhadap hambanya..walaupun begitu..aku tetap berusaha 'menangkis' perasaan sedemikian agar pelajaran ku tidak terjejas..aku tahu kerjaya doktor ini bukan sesuatu kerjaya yg remeh..'hanya pndang sebelah mata shj'..kerjaya tersebut begitu mulia..aku akui telah dipertanggungjawabkan oleh tanah airku bg melaksanakan misi 'perjuangan' tersebut agar dpt membantu dan memajukan tanah airku kelak.. aku begitu kagum akan angkasawan negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Shukor..biarpun terpaksa berjauhan dgn keluarga ..beliau tetap tabah dan sedar bahawa beliau sedang memikul peranan yg besar yg telah diamanahkan oleh tanah air..paling mengharukan beliau terpaksa menyambut Aidilfitri di ISS(international space station).. meskipun sesekali diriku berkata di hati( apakah btul perkara yg aku lakukan ini? )..aku cuba mengelak dr berfikiran cetek dan negatif..aku akan berkata 'btul' dgn penuh yakin..sekarang aku mulai rasa akan jiwa seorang pahlawan tanah air biarpun aku bukan seorg tentera..keberanian dan ketabahan sudah mula mendominasi dlm badanku ini.perjuanganku ni bukanlah perkara main-main, ianya merupakan satu peranan penting yg telah diamanahkan oleh semua pihak..jadi aku harus memikul peranan tersebut dgn sebaik yg mungkin.. hanya kepada Allah SWT aku memohon ampun dan meminta pertolongan..
Make your own Glitter Graphics
Make your own Glitter Graphics
Monday, September 14, 2009
Tuesday, September 1, 2009
INFO DIKONGSI BERSAMA
DLM KEHIDUPAN KITA DI DUNIA INI BANYAK PERKARA YG MENUNJUKKAN TENTANG KEBESARAN TUHAN,berikut dipersembahkan sebagai renungan....
#secara purata, seseorg minum 8000 gelen air sepnjang hidupnya.
#ketika bersin, semua organ dlm badan tidak brfungsi trmasuk jantung.
#kerosakan otak akan brlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 drjh celcius.
#ngauman singa boleh kedengran sejauh tiga km.
#tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
#ratu anai-anai blh hidup selama 500 thn dan mnghasilkan 30 000 telur setiap hr.
#tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali lebih berat badannya dlm 36jam
#bahan buangan(najis) drp seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yg cukup utk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa berkuasa 100 watt selama 5 jam.
#jika anda menjerit selama lapan tahun,tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yg cukup utk memanaskan secawan kopi.
#buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pd lelangit.
#semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahri mengikut pusingan jam kecuali Venus yg melawan jam.
#jika usus kecil seseorg manusia dileraikan , pnjangnya blh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian seseorg itu.
#haiwan paling banyak di muka bumi adalah semut.nisbahnya adalah satu juta bg setiap org.
#tanduk atau sumbu badak sumbu bukan berasal drp tulang-belulang tetapi terjadi drp bulu-bulunya yg berkumpul dan mengeras.
#menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30 000 perkataan sehari & mengambil masa 3 1/2 jam sehari utk bercakap
#purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% karbohidrat yg diperlukan oleh tubuh badan.
#semut berkomunikasi dgn mnggosokkan sesungutnya.
#darah akan memancut apabila kulit seseorg luka, sama ada ditikam atau ditembak . keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yg cukup kuat krn ia berupaya mengepam darah pd kadar 10 meter.
#epal lebih berkesan drp kafein utk mmbuatkan seseorg itu mudah bangun pg.
#setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
wassalam........................
Posted by haizaq at 12:24 AM 0 comments
Friday, August 28, 2009
DIARI BTN 2009
hah! ni 'time' aku nk cerita kpd korang semua sepanjang kitorang d' BTN,Kem Damai, Besut.. BTN ni dh memang diwajibkan ke atas kitorang utk ke luar nagara..BTN ni sebenarnya penting agar rakyat Malaysia tidak menderhaka terhadap tanah airnya sendiri.. ...kitorang sampai di Kem Damai, dftr, ambil fail, dan ke bilik masing-masing..sebelum LDK d mulakan, sesi pembentangan kertas kerja d jlnkan,..memang 'cool', mantap penceramah yg mengendalikan aktiviti masa tu...tp kadang -kadang , aku pun ngantuk gak..bukan aku saje yg ngntuk, kawan-kwan lain pown sama..saya pada asalnya bwk 'mask' sbg step pencegahan awal..ada la juga geng aku ni yg bawk 'mask' .. kami memang bersepakat nk pkai pd mulanya ... tp bila nk smpai dewan ..diorang semua tak pakai ..mujur aku smpat 'cover'..dan simpan 'mask' tu dlm poket cpat-cepat..aku jd heran..knpa tkda sorang pun yg pkai 'mask' dlm dewan tu..termasuk fasilitator...oh! rupanya, kami dh d' maklumkan bahawa tidak ada peserta yg menghidap selsema babi..lega rasenya..bukan apa penyakit ni bukan blh dibwk main-main..aktiviti sana cukup padat..namun ada masa utk rehat..masa LDK(latihan dlm kumpulan) lak, kami belajar pelbagai input bermakna..kami dikehendaki tahu perkara-perkara dlm perlembagaan Malaysia..'part' yg paling seronok ialah masa kembara..malam tu aku terdengr desas-desus bahawa ada kembara mlm tersebut..waktunya tidak d'britahu..yg pasti lewat mlm..jam kul 3 pg...kami diarahkan bangun..aku terkzut gak..kenapa ramai geng aku pkai bju melayu..oh! rupanya..solat tahajjud duhulu..baru mulakan kembara..permulaan tepat..suasana gelap menyelubungi kitorang..jln menyusuri tepi pantai..memang gelap masa tu..tiba suatu lokasi, kami berhenti utk solat subuh..fuh! tau aje r air laut masa tu..sejukkk.......dahlah masin..cuaca hampir cerah..fajar menyingsing..kami mendaki Bukit Keluang utk dpt checkpoint 1..aku kumpulan 5..kump 5 memang bertanggungjawab..dan ada teamwork...'beautitul scenery'..itulah yg dpt dikatakan setibanya kami d puncak bukit..setiap checp. kami d tanya mengnai apa yg telah kami pelajari sblm ini dlm LDK..mujur kmp 5 dpt jawab dgn cmerlang..hahaha..tp malangnya kmp5 gak yg tersesat..berkilo-kilometer kami tempuhi..kami bermandikan peluh ketika itu..akhirya usaha punya usaha dan tawakkal, kami tiba utk aktiviti menara dan rempuh halangan..aku memang tak pernah buat aktiviti turun menara itu..degupan jantung semakin kencang setibanya giliran aku ..NAMA!! pegawai mntk aku bgtau nama sblum dilepaskan ke bwh..arrrg!! aku tergantung-gantung atas sana..tgn kanan mengawal tali bwh(driver), kiri lak kwl tali atas tkut dilibas tali..pelan-pelan aku ke bwh..kakiku menendang tiang menara berkali-kali...hah! menjadi..aku semakin ke bwh..akhirnya... selamat tiba..aku terdengar ada manusia tergelak-gelakkan aku ketika aku d atas sana..O, kwn sekmp aku rupanya..'cover'-'cover'..pada majlis perpisahan lak..kami peserta d' beri peluang utk berucap ringkas..masing-masing dlm suasana redup...dan muram..namun ada gak yg ceria krn saat ditunggu-tnggu mahu pulang telah tiba..sebelum pulang, kami menjalani ujian..syukur..kami semua telah lulus ujiam BTN tersebut..itulah memori ketika d BTN.............Wassalam..
Posted by haizaq at 1:45 AM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
JOM P TENGOK SAT
ni la semangat yg kita perlukan..PATRIOTISME
hah! yg ni best...dapat sentuh 'stingray' secara live..haiwan tersebut akan timbul sekiranya air dikocak-kocakkan..dan pergi menuju tgn yg mengocakkan air itu..tp sesetengah tangan je yer pilih...
ha, yg ni semua baru lepas keluar dr gua kelawar..dlm sana bau takboleh nk nyatakan dgn tulisan...faham-faham jer le
sesi bergambar d geopark..bergmbar dulu sebelum pengembaraan bermula..GENG
Posted by haizaq at 2:28 AM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
DIARI KEM BAHASA ARAB
Alhamdulillah, akhirnya kursus bahasa Arab / persediaan telah tamat dgn sempurna. Aku sbg hamba Allah bersyukur kerana sepanjang 5 minggu(33 hari) kursus itu dijlnkan, pelbagai pengalaman brmkna telah aku lalui disamping mendalami ilmu bahasa Arab . Mula-mula tiba di Rumbia Resort, Paka, perasaan ku menjadi tidak menentu. kadang-kadang perasaan gembira mendominasi badanku dan sebaliknya. kmudian kami diberi kunci rumah masing-masing. aku tnggal enam org serumah. ada yg tnggal 8 org serumah . kursus ini dibawah kelolaan kolej teras timur . kami selalu berhubung dan mnyatakan masalah kpd abg Di dan abg Wan sekiranya terdapat sebarang masalah. pada awalnya kami didedahkan dgn motivasi( penampilan diri ) yg dikendalikan oleh En Johar dan En Syawal . Mereka berdua merupakan org berpengalaman & pakar dlm bidang motivasi . apabila terdengar lagu Demi Matahariku, teringt muka En Johar krn dia sering mnggunakan lgu tersebut ketika sesi motivasi . En Syawal pula dgn Samurainya. kebtolan saya juga tertarik dgn aksi hebat Samurai dan Ninja ketika mnonton The Last Samurai . Katsumoto menentang habis-habisan musuh-musuhnya.. malas r nk cite pnjang..tgk sndri r cite tuuu..salah satu input pnting dr aktiviti Samurai ialah berdisiplin . kami diarahkan masuk ke dewan ikut pintu belakang . suasana gelap disinari dgn cahaya malap beberapa btg lilin. pada mulanya aku juga terkzut lihat "real" samurai dpn mata . namun , aku mula sedari , kemana perginya En Syawal kita..tiba-tiba hilang . hah! rupanya dia yg menyamar sbgai Samurai . tp cara dia cakap jepun, fuh , mnjadi..Kita alih topik lak, kami diajar oleh Ustaz Mourad dan Ustaz Fauzi . Ustaz Fauzi mngajar kami "nahu" manakala Uztaz Mourad ajar kami bahasa amiyyah. hishh, pd mulanya bebelit lidah nk sbut bahasa amiyyah..smpai ada kalangan kami yg tergelak-gelak .,,..tiba masa belajar "nahu" lak , rasa sakit kepala yg amat..(MUJURLAH ADA PANADOL) hehehe...namun segala itu , aku jadikan sbgai satu peluang bukan halangan . hari demi hari kami belajar dan berlatih, akhirnya, berjaya menguasainya..ptg-ptg lak main futsal..lpas tu mandi kolam.. hilangkan stress ... aku dr tak pandai berenang, dh pun pandai...tentang kwn lak, semua ok,yg laki-laki bereh blaka..cuma yg pompuan, aku takut nk tgur, mungkin dh sifat aku kot pemalu..bukan aku saje, geng laki-laki lain pown camtu gak nmpk..tp kalo ditanya, aku jwb slamba je ..takda r..gurau jer..pada majlis perpisahan, suasana jd suram..masing-masing bergmbar dan beri ucapan ringkas termasuk aku ..nak jadi ke cerita ,siapa punya idea lak, kitorang dibagi nama glamour.., lepas tu kitorang dikenakan BTN lak.."NANTIKAN RINGKASAN DIARI BTN"..........
Posted by haizaq at 9:35 PM 0 comments
OTAK,AKAL & HATI manusia
Otak disulami dengan akal adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai terhadap hambanya iaitu manusia .
Hati pula merupakan organ dalaman manusia yang berkuasa mengarahkan anggota badan manusia yang lain . Hati ibarat raja. Jika sempurna hati, maka sempurnalah segala anggota badan yang lain .Oleh itu semailah hatimu dengan nilai-nilai keislaman agar hidupmu diberkati oleh Yang Maha Esa .Akhir kata , perlu dijelaskan bahawa Allah telah mengurniakan kita otak dan akal fikiran dan hanya kita sahaja yang bertanggungjawab menggunakan anugerah Allah itu kearah kebaikan demi mencapai keharmonian di dunia dan di akhirat .Wassalam..............
Posted by haizaq at 8:20 PM 0 comments
EKSPEDISI PENGAKAP 2009
Pada 18.06.2009 dan 19.06.2009 , Pergerakan Pengakap KT 103, SMK Bukit Besar telah mengadakan ekspedisi berbasikal . Ekspedisi bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar sehingga ke Kem Menerong, Kuala Berang. Kami bertolak pada pukul 9 pagi dan tiba di destinasi kira-kira pukul 4 petang . Seramai 51 peserta diiringi 4 orang guru penasihat telah menyertai Ekspedisi Berbasikal 2009 sempena sambutan 100 tahun pengakap . Pada kesempatan ini aku ingin menyertakan beberapa gambar penting dan bermakna sepanjang ekspedisi itu dijalankan...
Posted by haizaq at 7:46 PM 0 comments