perjuangan ku belum selesai bg menggapai cita-citaku disamping memenuhi hasrat ibu bapa ku utk mnjadi seorg doktor muslim.. tanggal 24hb 09 2009 merupakan tarikh yg bermakna bg ku..hal ini kerana aku akan bertolak ke Mesir bg meneruskan perjuangan yg bermakna buat diriku..namun pada masa yg sama aku juga terasa sepi dek kejauhan dr keluarga tercinta..kerinduan dan kesedihan bakal menyelebungi diriku..namun aku tahu dan sedar bahawa aku tidak sepatutnya 'dikuasai' oleh perasaan sedemikian..tp perasaan tersebut merupakan lumrah hidup & anugerah Allah terhadap hambanya..walaupun begitu..aku tetap berusaha 'menangkis' perasaan sedemikian agar pelajaran ku tidak terjejas..aku tahu kerjaya doktor ini bukan sesuatu kerjaya yg remeh..'hanya pndang sebelah mata shj'..kerjaya tersebut begitu mulia..aku akui telah dipertanggungjawabkan oleh tanah airku bg melaksanakan misi 'perjuangan' tersebut agar dpt membantu dan memajukan tanah airku kelak.. aku begitu kagum akan angkasawan negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Shukor..biarpun terpaksa berjauhan dgn keluarga ..beliau tetap tabah dan sedar bahawa beliau sedang memikul peranan yg besar yg telah diamanahkan oleh tanah air..paling mengharukan beliau terpaksa menyambut Aidilfitri di ISS(international space station).. meskipun sesekali diriku berkata di hati( apakah btul perkara yg aku lakukan ini? )..aku cuba mengelak dr berfikiran cetek dan negatif..aku akan berkata 'btul' dgn penuh yakin..sekarang aku mulai rasa akan jiwa seorang pahlawan tanah air biarpun aku bukan seorg tentera..keberanian dan ketabahan sudah mula mendominasi dlm badanku ini.perjuanganku ni bukanlah perkara main-main, ianya merupakan satu peranan penting yg telah diamanahkan oleh semua pihak..jadi aku harus memikul peranan tersebut dgn sebaik yg mungkin.. hanya kepada Allah SWT aku memohon ampun dan meminta pertolongan..
Make your own Glitter Graphics
Make your own Glitter Graphics
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment