BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Wednesday, August 26, 2009

OTAK,AKAL & HATI manusia

Otak disulami dengan akal adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai terhadap hambanya iaitu manusia .

(keadaan otak manusia seakan-akan manusia sedang bersujud) Meskipun manusia dapat mencipta pelbagai mesin yang berteknologi tinggi namun ciptaan Allah tersebut (otak dan akal ) tiada tolok bandingnya . Manusia tidak mampu menyamai ciptaan Allah tersebut . Sebagai contoh , penciptaan komputer . Komputer ciptaan manusia hanya mampu menyimpan maklumat yang terhad . Hal ini kerana komputer memiliki memori yang terbatas . Jika dibandingkan dengan otak , otak manusia mampu menyimpan maklumat atau memori seberapa banyak yang mungkin . Penyimpanan maklumat oleh otak manusia tidak terhad . Hal ini membuktikan salah satu kebesaran Allah S.W.T..Kita sebagai hamba Allah seharusnya bersyukur kerana otak yang dikurniakan-Nya disertakan dengan akal fikiran . Akal hanya dikurniakan terhadap manusia sahaja tetapi tidak pada makhluk lain . Hal ini kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan Allah . Melalui akal , seseorang dapat membezakan perkara baik dan buruk . Namun begitu , tidak ramai yang menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin . Bukan itu sahaja , ada juga antara mereka yang bersifat seakan -akan binatang malah lebih teruk daripada binatang . Hal ini jelas terbukti apabila terdapat segelintir manusia yang sanggup membunuh manusia tanpa belas kasihan yang lain atas sebab-sebab yang tidak munasabah seperti dendam ,hasad dengki dan tidak mahukan persaingan . Selain itu , ada juga manusia bergelar ibu yang sanggup membuang bayi yang baru lahir atau sengaja menggugurkan kandungannya kerana tidak mahu menanggung malu kerana sifat atau kelakuannya yang tidak senonoh serta keji seperti berzina ,dan pergaulan bebas . Aktiviti keji seperti itu dikutuk serta dilaknat oleh Allah S.W.T..Oleh sebab itu, setiap orang hendaklah sentiasa mendalami ilmu agama dan menggunakan otak dan akal fikiran ke arah kebaikan .
Hati pula merupakan organ dalaman manusia yang berkuasa mengarahkan anggota badan manusia yang lain . Hati ibarat raja. Jika sempurna hati, maka sempurnalah segala anggota badan yang lain .Oleh itu semailah hatimu dengan nilai-nilai keislaman agar hidupmu diberkati oleh Yang Maha Esa .Akhir kata , perlu dijelaskan bahawa Allah telah mengurniakan kita otak dan akal fikiran dan hanya kita sahaja yang bertanggungjawab menggunakan anugerah Allah itu kearah kebaikan demi mencapai keharmonian di dunia dan di akhirat .Wassalam..............


0 comments: